fbpx

[VIDEO] ‘Pukul 2 pagi dia kalut pasal ayam nak tidur mana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan seorang lelaki yang amat risau akan ayam peliharaannya.

PETALING JAYA – Kerisauan seorang lelaki tentang tempat tidur ayam peliharaannya membuatkan seluruh ahli keluarga terlepas waktu sahur.

Perkongsian melalui TikTok oleh @Tehaishaqi2, memaparkan adik lelakinya berasa sangat risau ekoran ayam peliharaannya tidak mempunyai tempat tidur pada pukul 2 pagi.

“Pukul 2 pagi dia buat kalut risaukan ayam dia tak tahu nak tidur di mana, menyebabkan semua ahli keluarga tidak bersahur pagi ini,” katanya.

Reaksi ahli keluarga turut membuatkan pengguna media sosial geli hati apabila ibu bapa mereka turut serta memikirkan jalan penyelesaian untuk tempat tidur haiwan kesayangan anaknya itu.

Gelagat haiwan peliharaan lelaki tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila ayam berkenaan duduk dengan sopan di riba pemiliknya.

“Bagilah ayam tidur dalam bilik, adik tidur dalam sangkar di luar ye,” komen @ZansSaid07.

“Satu rumah marah, tapi satu rumah juga yang tolong cari solusinya,” kata @Belle.

“Sebelum ini ayam itu tidur di mana? Serius saya tanya ini,” balas @NurulAsmida. – KOSMO! ONLINE

@tehaishaqi2 Tu kalau mak kata “adik bawak masuk tdoq dalam bilik, dia bawak masuk skali”. Bela ayam supa bela kucing dok buat sayang pipi kiri kanan😌. #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #ayambapak #petsoftiktok #4u #bapakayam ♬ bunyi asal – tehaishaqi2

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI