fbpx

[VIDEO] Hujan ribut, banyak khemah rosak di Jalan TAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para peniaga di Jalan TAR terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu susulan ribut petir dan angin kencang yang melanda petang tadi.

KUALA LUMPUR – Operasi perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini terpaksa dihentikan sementara waktu susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi.

Cuaca buruk itu menyebabkan beberapa khemah menimpa gerai menyebabkan barangan dan peralatan perniagaan rosak.

Menerusi beberapa video tular yang dikongsikan orang ramai di media sosial, peniaga terpaksa menghentikan operasi perniagaan ekoran hujan lebat dan angin kencang pukul 3 petang.

Ada peniaga yang terpaksa melakukan kerja-kerja pembaikan khemah selain mengalihkan barangan jualan bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

Bukan sahaja pakaian raya, malah peniaga makanan dan minuman turut terkesan dengan cuaca buruk tersebut.

Difahamkan, terdapat beberapa peniaga yang mendakwa susun atur khemah yang tidak bersesuaian penyebab kepada kerosakan itu.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI