PETALING JAYA – Seorang lelaki dikesan melakukan ritual pelik seperti terkumat-kamit mulut seolah membaca jampi sebelum perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Buriram United di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 malam tadi.
Individu tersebut dilihat mengelilingi padang Stadium Sultan Ibrahim sambil membaca sesuatu serta mengangkat tangan ke atas sambil memegang botol berisi air, sebelum dituang di atas padang.
Aksi lelaki memakai jersi dan berseluar pendek itu dirakam pengguna media sosial sehingga tular.
“Bomoh Buriram tanam barang sebelum game. Buat ritual sebelum game,” menurut kapsyen salah satu video penyokong JDT di TikTok.
Kedengaran jeritan daripada penyokong JDT sewaktu lelaki itu melakukan perbuatan pelik berkenaan sebelum perlawanan bermula.
“Aku fikir hantu itu seram, ternyata yang seorang ini lebih seram,” kata seorang lagi penyokong JDT memuat naik video aksi lelaki tersebut yang didakwa melakukan ritual.
Dalam pada itu, orang ramai meninggalkan pelbagai maklum balas termasuk berunsur jenaka susulan kehadiran lelaki berkenaan.
“Bagi aku, depa tak adanya guna bomoh Siam. Masing-masing ada kepercayaan agama masing-masing. Habis tu kita kalau duduk sujud kat padang tu, depa kata kita guna bomoh pula,” komen seorang pengguna media sosial.
“Tak apa percaya dengan al-Quran. Bulan puasa ini semua jin, iblis ‘dirantai’. Nasib tak menyebelahi kita, syabas JDT,” ujar seorang individu.
“Kita dah cuba cari ustaz, tapi ustaz jadual penuh tarawih,” komen individu lain secara berseloroh.
Kosmo! melaporkan, JDT gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir ACLE 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekadar menyamai rekod yang dilakar pada saingan ACLE dua tahun lalu.
Pusingan suku akhir ACLE bakal berlangsung di Arab Saudi bermula 25 April hingga 4 Mei ini. Juara kejohanan itu akan melayakkan diri ke Kejohanan Piala Antara Benua FIFA 2025 dan Piala Dunia Kelab FIFA serta melayakkan diri secara automatik dalam ACLE edisi tahun depan. – KOSMO! ONLINE
@faeiszs Ini bukan tentang JDT tp tentang Malaysia Punca!! Johor vs Buriram #acle #fyp #JDTforAll #luaskankuasamujohor ♬ suara asli – Aauu8888