PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi kegembiraan mengenai situasi sebuah keluarga selepas gelagat anak-anaknya yang menyambut kepulangan bapa mereka menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian oleh @Aslindadikinn di TikTok, dapat dilihat gelagat lucu anak-anaknya yang bergegas lari masuk ke rumah sejurus bapa mereka pulang daripada meniaga sehingga momen itu mendapat pujiaan ramai.
Perkara tersebut terus mencipta reaksi yang membuat orang ramai terharu apabila empat orang kanak-kanak tersebut terus membantu ayahnya mengangkat barang daripada van.
Klip yang menunjukkan mereka (anak-anak) membantu ayah mereka menurunkan barang daripada van sambil tersenyum tanpa mengeluh menerima kata-kata positif daripada netizen.
“Menolong ayahnya dengan ikhlas disertai gelak ketawa adik-beradik hingga tidak terasa penat. Semoga keluarga ini selalu dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” komen @Yatie674.
“Duhai ibu duhai ayah, anda telah menang besar! Tahniah,” balas @Nuakenaboi.
“Bagusnya anak-anak puan semua ada common sense, tak semua orang ada common sense begini,” kata @Uaa.iea.eui – KOSMO! ONLINE
@aslindadikinn #CapCut ♬ original sound – aslindadikinn