fbpx

[VIDEO] Dua lelaki ‘perang’ mulut atas jalan diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular dua lelaki bertengkar di Lebuhraya EDL menghala ke Bangunan CIQ, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan dua lelaki dalam video tular bertengkar di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) menghala ke Bangunan CIQ, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu dan mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.

Oleh itu, katanya, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.

“Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video tersebut dimuat naik di media sosial pada kelmarin, dipercayai berlaku ketika jalan raya sesak, bagaimanapun punca sebenar masih tidak diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI