PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal terjatuh terkena pintu lori yang secara tiba-tiba dibuka oleh pemandunya, dalam kejadian di Semenyih, petang semalam.
Kejadian itu dirakam seorang pengguna TikTok pijawafa dan pada video berkenaan, kelihatan dua lori sedang berhenti secara bersebelahan di sebuah laluan lampu isyarat.
Kemudian kelihatan beberapa penunggang motosikal melalui ruangan antara kedua-dua lori tersebut.
Bagaimanapun, seorang daripada pemandu lori secara tiba-tiba membuka pintu dan ia terkena seorang daripada penunggang motosikal sekali gus menyebabkan dia terjatuh.
Menerusi komen pada TikTok pijawafa, wanita itu menceritakan situasi yang berlaku.
“Dia bergaduh berdua, akhirnya orang lain jadi mangsa. Tak ada bahagian dua sebab tak sengaja rakam. Asalnya dia bergaduh tunjuk-tunjuk tangan saja.
“Tak tahu pula dia boleh ‘bantai’ nak turun lori tu. Mana fikir orang sekeliling, sebab dia nak bergaduh, kita orang jadi mangsa dah sepanjang jalan sesak sebab dua orang ni,” dakwa wanita itu.
Orang ramai turut marah dengan tindakan pemandu tersebut yang menyebabkan orang lain menjadi mangsa.
“Menyirap betul tengok. Tak pasal-pasal orang lain yang jadi mangsa,” komen seorang pengguna TikTok.
“Tak pasal orang lain jadi mangsa keadaan. Harap penunggang tu okay lah,” ujar seorang lagi individu.
Pada video berkenaan, pemandu lori yang membuka pintu tersebut dilihat turun dari kenderaannya membantu penunggang motosikal yang terjatuh. – KOSMO! ONLINE
@nrfaizathul_ 📍semenyih 11/3/2025 4.25petang @mStar Official @dashcam.my @ERA @Siakap Keli @Majoriti Official @SINAR #semenyih43500 #semenyihproblem🚀 #fyppppppppppppppppppppppp #ohmymedia ♬ original sound – Mamayahkidszz_Carmera_Store – Pakdee _User_ Dashcam