fbpx

Trofi UCL mampu tebus kecewa Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL hampir pasti mara ke suku akhir berdasarkan kemenangan 7-1 ke atas PSV dalam aksi pertama minggu lalu. - ARSENAL FC

LONDON – Arsenal harus melupakan kegagalan menewaskan Manchester United kelmarin dengan menjadikan PSV Eindhoven sebagai mangsa melepas geram menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates awal pagi esok.

Perjuangan The Gunners untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tampak semakin sukar apabila diikat United 1-1 kelmarin, sekali gus ketinggalan 15 mata dengan Liverpool di tangga teratas.

Disebabkan itu, Arsenal harus menjadikan UCL sebagai pentas mengubati kekecewaan dan bergelar juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah 138 penubuhan kelab berkenaan sejak 1886.

Memandangkan Arsenal berkelebihan 7-1 hasil kemenangan dalam aksi pertama minggu lalu, skuad bimbingan Mikel Arteta itu perlu memperbaiki segala kekurangan yang ditunjukkan ketika seri menentang United.

“Perlawanan ini tetap penting buat kami kerana ia boleh meningkatkan keyakinan dalam pasukan. Kami akan teruskan persembahan yang positif tidak kira apa yang berlaku.

“Saya percaya dengan rakan-rakan kerana saya tahu mereka akan berikan yang terbaik buat pasukan. Sekarang adalah peluang terbaik kami untuk memastikan sesuatu diraih musim ini,” kata Jorginho.

Pemain tengah bertahan Itali itu berkemungkinan besar diturunkan dalam kesebelasan utama menentang PSV awal pagi esok bergandingan bersama Thomas Partey dan Declan Rice.

Sekiranya menang, Arsenal akan pemenang antara Real Madrid atau Atletico Madrid dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung 8 dan 16 April depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI