fbpx

Tindakan keras menanti pihak cuba hangatkan suhu perkauman – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi amaran bahawa mana-mana pihak yang didapati cuba untuk menghangatkan suhu perkauman di negara ini akan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang telah diumumkan kerana Malaysia tidak boleh dicemari oleh perkauman dan agama.

“Siapa saja mulai sekarang yang cuba menghangatkan suhu perkauman dan kebencian kepada kaum dan agama, kaum majoriti atau kaum minoriti, kaum kaya atau kaum miskin, menghina dari sudut kaum dan agama.

“Percayalah kita (kerajaan) akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang mungkin membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Madani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI