fbpx

Teruskan bayar zakat RM15 bagi yang makan beras import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Ambrin Buang (tengah) dan Muhd. Fikri (10 kanan) bersama penerima zakat pada Majlis Iftar bersama Muzakki dan penyerahan zakat perniagaan hari ini. - Foto oleh Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Umat Islam di Selangor disarankan membayar zakat pada kadar RM15 bagi mereka yang memakan beras putih import sebelum berlakunya masalah beras putih tempatan.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun berkata, kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran membuatkan masyarakat tiada pilihan selain terpaksa memilih beras putih import.

“Kalau mengikut kadar zakat fitrah 2024 beras tempatan sahaja harganya RM7 seorang, tetapi untuk tahun ini bagi kadar RM7 adalah beras putih tempatan dan juga beras putih import.

“Ini merujuk kepada dapatan yang kita terima daripada pihak kerajaan iaitu beras yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang adalah beras tempatan dan import.

“Namun, kita juga sedar bahawa ia bukanlah pilihan rakyat, namun disebabkan kita mengalami masalah kekurangan beras tempatan rakyat terpaksa memilih untuk membeli beras import,” katanya di sini hari ini.

Muhd. Fikri berkata, tiga pembayaran zakat fitrah tetap diteruskan untuk tahun ini termasuk kadar RM15 untuk beras merah, beras perang,beras pulut dan beras wangi, manakala bagi kadar fitrah RM22 untuk umat Islam yang memakan beras Basmathi, beras Jepun dan beras Herba Ponni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI