fbpx

Suntikan RM1.1 bilion Sapura Energy Bhd. bukan ‘bailout’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan suntikan RM1.1 billion kepada Sapura Energy Bhd. (SEB) bukan satu bentuk ‘bailout’ (suntikan kewangan), sebaliknya ia berbentuk pelaburan strategik.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia adalah satu pelaburan strategik yang berbeza sifatnya daripada bailout seperti yang berlaku pada era bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, beliau mengambil maklum bahawa ada beberapa perkara dibangkitkan termasuk oleh salah satu akhbar yang mendakwa ini adalah satu bentuk bailout.

“That is a real bailout. Ini bukan. Ini Madani (ini zaman Kerajaan Madani, bukan Mahathir (bukan zaman pimpinan Dr. Mahathir).

“Seperti yang semua sedia maklum, semalam SEB telah mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pelaburan strategik Permodalan Nasional Bhd. (PNB) itu adalah dalam bentuk langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS),” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) juga dimaklumkan bahawa suntikan kewangan oleh PNB itu adalah pelaburan bersyarat.

Fahmi berkata, pelaburan PNB ini datang dengan syarat-syarat khusus dimana terma RCLS itu sendiri bermaksud ia sama ada boleh ditebus kemudian ataupun diubah suai menjadi saham yang dipegang.

“Kita sedia maklum bahawa hasrat PNB adalah untuk mencipta nilai dan merealisasikan keuntungan yang akan dipulangkan kepada pendeposit PNB dalam pelbagai bentuk instrumen simpanan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain.

“Pelaburan itu akan digunakan khusus untuk menguruskan tunggakan yang perlu dibayar oleh SEB kepada lebih 2,000 vendor dimana 80 peratus daripadanya adalah Bumiputera,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan SEB memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi RCLS pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn. Bhd.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI