fbpx

‘Sudah-sudahlah memburukkan saya kepada media’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi meminta pihak suaminya berhenti memburuk-burukkan dirinya kepada umum seperti yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Afreena, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata negatif apatah lagi menyebarkan perkara aib mengenai Along dan keluarganya kepada pihak media.

“Saya telah menonton video dan kenyataan pihak mereka yang mendakwa saya bercakap buruk kepada media tentang keluarganya.

“Sepanjang kes ini berlaku, saya rasa sikit pun tidak keluarkan mana-mana kenyataan kepada media yang memburuk-burukkan pihak sana.

“Sudah-sudahlah itu memburuk-burukkan saya kepada media,” katanya dalam Instagram Story.

Dalam pada itu, wanita yang mesra dibahasakan Feena itu turut menegaskan status rumah tangganya masih lagi terikat secara undang-undang meskipun belum diputuskan secara rasmi mereka sudah bercerai atau sebaliknya.

“Ketika ini kami berdua menunggu langkah seterusnya (untuk dokumentasi mengikut undang-undang secara rasmi) kerana kesilapan teknikal pihak plaintif kerana kesalahan mengisi borang,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Feena dan pelawak itu berlanjutan dengan permohonan pengesahan lafaz taklik yang disebut di mahkamah namun ditunda ke 8 Mei depan berikutan kesilapan Along mengisi dokumen tuntutan.

Semasa prosiding pengesahan lafaz taklik pada Isnin, ibu kepada Along iaitu Siti Habsah Kadir juga mendedahkan tidak bercakap dengan anak sulungnya itu sejak dia berkahwin semula pada tahun lalu.

Dakwa Habsah, timbul salah faham dalam keluarga mereka yang berpunca dengan kenyataan dikeluarkan Feena. 

 

ends

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI