fbpx

Redah selut elak dicekup pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pekerja warga asing yang ditahan di kilang kitar semula sisa elektronik haram di Jalan Klang-Kuala Selangor, Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Bersembunyi di celahan kotak, panjat pagar dan meredah tanah selut antara cubaan dilakukan pekerja asing sebelum diberkas dalam operasi di sebuah kilang kitar semula sisa elektronik di Jalan Klang-Kuala Selangor di sini, semalam.

Operasi bersepadu lebih enam jam bermula pukul 9 pagi itu berjaya menahan 78 warga asing termasuk 20 wanita yang bekerja di kilang haram berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, siasatan mendapati premis yang beroperasi selama setahun itu pernah dikenakan tindakan penguatkuasan sebanyak dua kali sebelum ini.

“Kita mengeluarkan kompaun bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, gagal menyelenggara premis dalam keadaan bersih dan notis memberhentikan operasi serta-merta.

“Selain itu, dua inventori sitaan peralatan perniagaan dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Operasi turut disertai polis, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Menurut Mohamad Lutfi, polis menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 58 lelaki Myanmar, Indonesia, Kemboja dan China untuk tindakan lanjut.

“Ketika serbuan, seramai 20 wanita Kemboja dan Myanmar turut ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI