fbpx

Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 dilancar Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 bakal dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Mei nanti.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, pelan ini mengandungi matlamat, objektif dan langkah strategik untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi serantau.

“Pelan Strategik AEC iakan memastikan ASEAN terus berkembang sebagai pasaran yang lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

“Malaysia komited untuk menerajui pelaksanaan pelan ini agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua negara anggota,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Ros Suryati Alang yang memintanya menyatakan langkah strategik diambil oleh Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi serantau sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Katanya lagi, 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) turut dilaksanakan bagi memberi tumpuan kepada sektor perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, tenaga hijau serta pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.

“Sektor-sektor ini memainkan peranan penting dalam memastikan ASEAN kekal relevan dalam ekonomi global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI