fbpx

Lelaki cemas kemaluan digigit ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kemaluan lelaki digigit seekor ular tedung. - Instagram

BRASILIA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kemaluannya digigit seekor ular berbisa dalam kejadian di sebuah kawasan hutan di Brazil, lapor portal berita Must Share News semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @therealtarzan memaparkan seluar lelaki itu digigit ular tedung. 

Gigitan kuat menyebabkan dia terduduk di atas tanah sambil menahan kesakitan. 

Meskipun ditarik beberapa kali dan ditoreh menggunakan ranting kayu, reptilia tersebut enggan melepaskan gigitannya. 

Masih belum jelas nasib mangsa dan bagaimana klip video itu berakhir.

Rakaman itu mencatatkan lebih 10.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa kepala ular itu tidak dipotong?” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI