fbpx

Kegiatan seleweng gas LPG di Ulu Tiram tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDN Johor menyerbu sebuah premis stor yang dijadikan pusat aktiviti penyelewengan gas LPG di Ulu Tiram, Johor Bahru melibatkan rampasan bernilai RM860,000.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berjaya menghidu kegiatan sebuah premis di Ulu Tiram di sini yang disyaki menjalankan aktiviti pemindahan gas petroleum cecair (LPG).

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya berjaya mengesan kegiatan itu susulan risikan inisiatif Kita Gempur sebelum melakukan serbuan semalam.

Jelasnya, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 24,724 kilogram (kg) LPG yang sudah diisi ke dalam sebuah lori tangki.

“Pemeriksaan di premis menemukan sebuah lori tanker mengandungi 24,724 (kg) LPG serta 1,743 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kg dengan nilai keseluruhan RM860,000.

“Siasatan awal mendapati stor tersebut telah dijadikan pusat aktiviti pemindahan gas dari tong berkapasiti 14 kg bersubsidi ke lori tanker untuk tujuan penyelewengan atau ‘decanting’,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lilis berkata, bagaimanapun tiada tangkapan tangkapan dibuat ketika serbuan dilakukan kerana tiada individu bertanggungjawab berada di premis.

Ujarnya, KPDN membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

“KPDN Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat melakukan penyelewengan terhadap barangan kawalan demi kepentingan rakyat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI