fbpx

Karnival Ramadan IWK Eco Park bantu peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadilah ketika adakan lawatan di Lembah Pantai semalam.

KUALA LUMPUR – Karnival Ramadan IWK Eco Park anjuran syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd membuka peluang kepada peniaga kecil sekitar Pantai Dalam di sini untuk memperkukuhkan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Narendran Maniam berkata, usaha tersebut selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan keusahawanan komuniti bagi mengukuhkan lantai ekonomi rakyat sebagaimana hala tuju dalam dasar ekonomi Madani.

Katanya, aktiviti yang dijalankan berupaya mengukuhkan lagi hubungan antara IWK bersama komuniti.

“Penganjuran Karnival Ramadan di IWK Eco Park ini turut memudahkan penduduk mendapatkan juadah berbuka selain menyediakan platform perniagaan teratur dan strategik bagi peniaga kecil dengan kadar berpatutan.

“Karnival Ramadan IWK Eco Park menampilkan pelbagai juadah dan minuman menjadikannya sebagai destinasi ideal untuk mendapatkan hidangan berbuka puasa.

“Selain makanan dan minuman, pengunjung juga didendangkan dengan irama lagu daripada persembahan pemuzik jalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof yang meluangkan masa melawat peniaga serta mengagihkan 500 beg makanan kepada penduduk setempat sebagai hidangan berbuka puasa.

Dalam pada itu, menurut Narendran, karnival tersebut berlangsung dari 2 Mac hingga 29 Mac iaitu 1 Ramadan hingga 28 Ramadan.

Tambah beliau, lokasi IWK Eco Park yang strategik iaitu terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar raya menjadikan ia destinasi mudah dikunjungi oleh penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Penganjurannya di tempat letak kereta berbumbung yang luas dapat memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung juga tidak perlu bimbang tentang tempat letak kenderaan, kerana kemudahan parkir yang mencukupi disediakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI