fbpx

Juara bertahan yakin mara suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (kanan) bakal memainkan peranan penting di bahagian tengah Real berdepan Atletico awal pagi esok. - AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti melaungkan keyakinan skuad kendaliannya mampu melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menyingkirkan musuh setempat, Atletico Madrid.

Memiliki kelebihan satu gol hasil kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik di Santiago Bernabeu minggu lalu, Real menggalas misi sukar menjelang aksi timbal balik di Wanda Metropolitano awal pagi esok.

Meskipun menampilkan aksi hambar ketika menang 2-1 ke atas Rayo Vallecano dalam saingan La Liga pada Ahad lalu, namun Ancelotti masih percaya Real selaku juara bertahan mampu menewaskan Atletico dan layak ke suku akhir.

“Semua orang sedar bahawa pasukan-pasukan besar yang beraksi dalam UCL berdepan kesukaran dalam liga, bukan Real sahaja. Saya gembira kerana kami menang ke atas Rayo sebelum ini.

“Saya percaya sekiranya kami menampilkan aksi sama seperti di separuh masa pertama ketika bertemu Rayo, kami boleh menewaskan Atletico dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir,” katanya.

Sementara itu, beliau juga boleh menarik nafas lega apabila beberapa pemain utama seperti Jude Bellingham dan Thibaut Courtois dijangka cergas sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan timbal balik berkenaan.

“Bellingham sudah kembali berada dalam kondisi baik, manakala Courtois masih ada sedikit masalah. Saya berharap mereka akan sempat cergas sepenuhnya bagi membantu pasukan bertemu Atletico nanti,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI