PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, India pada pukul 1.50 petang tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi berukuran 5.5 skala magnitud itu berlaku di koordinat 6.9 darjah Utara dan 92.5 darjah Timur.
“Gempa berkedalaman 13 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 139km Barat dari Great Nicobar, India.
“Bagaimanapun susulan kejadian itu, tiada ancaman tsunami diberikan kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE