fbpx

Denda RM118,000 jika keluar sijil cuti sakit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail platform Sehhaty. - Foto Sehhaty

RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi amaran bahawa menyerahkan atau mengeluarkan cuti sakit palsu boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda 100,000 riyal (RM118,000), jika didapati bersalah, lapor portal berita Gulf News semalam.

Amaran itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap akaun media sosial yang mempromosikan perkhidmatan mengeluarkan cuti perubatan tanpa kebenaran. 

Kementerian itu menggesa orang ramai supaya menjauhi platform sedemikian dengan menyatakan perbuatan tersebut adalah haram dan tertakluk kepada pendakwaan.

“Hanya platform Sehhaty yang diberi kuasa untuk mengeluarkan laporan cuti sakit rasmi.

“Sebarang laporan yang diperoleh melalui cara lain dianggap tidak sah dan tertakluk kepada tindakan undang-undang,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 

Bagi membendung penyalahgunaan, pihak berkuasa kesihatan telah memperkenalkan sistem pemantauan digital yang menyemak laporan cuti perubatan dengan rekod kesihatan pesakit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI