fbpx

[VIDEO] Tak ku sangka, beli ayam masak kicap percuma lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua ekor lipas berada di dalam nasi bungkus yang dibeli Nadia dari sebuah gerai di bazar Ramadan dekat Padang Nenas, Terengganu baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Barangkali lipas itu tengah menari tapi tersilap terjun kuali.”

Itulah reaksi seorang pelanggan yang terkejut apabila mendapati hidangan ayam masak kicap yang dibelinya dari sebuah gerai dekat bazar Ramadan di Padang Nenas, Terengganu dicemari dengan dua ekor lipas.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nadia, jelas menunjukkan dua ekor lipas berada dalam bungkusan nasi berlauk yang dibelinya dan serangga perosak itu dikatakan menjadi ‘lauk tambahan’ dalam kuah ayam masak kicap.

“Beli ayam masak kicap ada lauk extra (tambahan) lipas sehidup semati,” katanya.

Semakan Kosmo! di ruangan komen, ada netizen yang bertanya adakah ada pelanggan tersebut terhidu bau pelik sewaktu membuka bungkusan nasi berlauk tersebut.

“Kalau lipas ni, sebelum makan tak ada bau ke awak?,” soal netizen terbabit.

“Tak ada, kuantiti (kuah) kicap lagi banyak dari lipas,” balas Nadia.

Insiden itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial dengan ramai yang meluahkan rasa jijik dan menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap gerai terbabit.

“Sampai bila isu kebersihan makanan akan diambil ringan? Ini bukan perkara kecil! Kalau keracunan, boleh bawa maut,” komen Zahra.

“Kak pergi hospital cepat, takut keracunan,” pesan Shawmell.

“Kalau lipas boleh masuk dalam makanan, bayangkan betapa kotor dapur mereka. Harap pihak berkuasa segera ambil tindakan,” tegas Wayre. – KOSMO! ONLINE

@n.nadiaaaaaaaaabarangkali lipas tu tengah menari tapi tersilap terjun kuali 😭😭😭

♬ suara asli – il Man

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI