fbpx

[VIDEO] ‘Lain macam pemikiran budak engineering’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat mencuit hati rakan-rakan serumah memasak menggunakan gerudi.

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan pelajar kejuruteraan memanfaatkan kemahiran menggunakan gerudi dan pencincang mengikut kreativiti masing-masing untuk memasak mencuit hati netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rosfazilalla di aplikasi TikTok, teman serumahnya menunjukkan kelebihan mereka mencincang bawang menggunakan gerudi sebelum dimasak bersama ayam.

“Macam inilah bila semua rakan serumah budak kejuruteraan,” katanya.

Rata-rata netizen mengungkapkan rasa terhibur dengan gelagat teman serumah yang mencuit hati tersebut.

“Budak ekonomi sebelum masak buat perbandingan harga, kira keanjalan harga barang, lukis lekuk dulu untuk tahu perubahan harga dengan kuantiti,” komen @aynnt.

“Kalau budak undang-undang kena turun mahkamah dulu lah kan,” balas @Beyonce’shairwasher.

“Saya budak perniagaan, jadi kena jual balik ke ayam itu dan tak perlu makan sebab takut rugi,” kata mierulll._ -KOSMO! ONLINE

@rosfazilaila♬ original sound – RosfazilaIla

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI