fbpx

[VIDEO] Ismanira buat laporan susulan video pegang tangan Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira bersama anaknya, Zayn Rayyan.

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ismanira Abd Manaf berhubung satu rakaman video memaparkan dirinya bersama Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin beberapa hari sebelum arwah ditemui meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan itu diterima pihaknya pada 9 Mac lalu sekitar pukul 2.43 petang.

Kata Mohd. Hafiz, tujuan pengadu membuat laporan adalah kerana merasakan keselamatan dirinya dan keluarga berada dalam keadaan terancam.

Menurutnya, pengadu telah menerima satu pautan video di TikTok melalui aplikasi WhatsApp berdurasi lebih satu minit.

“Dalam video tersebut, terdapat rakaman menunjukkan (Ismanira) sedang berjalan sambil memegang tangan Zayn Rayyan menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

“Pengadu merasakan bahawa individu tidak dikenali yang merakam video itu dari kawasan berhadapan Blok R Apartmen Idaman dan kemungkinan merupakan salah seorang penghuni di salah satu tingkat blok tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, pengadu percaya bahawa ia bukan satu kebetulan kerana tidak lama kemudian, Zayn Rayyan telah ditemui mati dengan jarak lebih kurang 200 meter dari lokasi dimana video itu dirakam.

“Siasatan terhadap kes ini masih berjalan dan pihak polis memohon orang ramai membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kehilangan Zayn Rayyan pada 5 Disember 2023 sebelum jasadnya ditemui di anak sungai berdekatan kediamannya sehari kemudian.

Dia dipercayai dibunuh selepas proses bedah siasat yang mendedahkan terdapat kesan cedera pada leher dan badannya.

Pada 13 Jun 2024, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira dan Zaim Ikhwan Zahar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak autistik berusia enam tahun, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

@labubusq♬ Tiwikarma – K.O.I

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI