fbpx

UCL: Liverpool menang atau pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARVEY Elliott (kiri) meledak gol tunggal ketika Liverpool menewaskan PSG minggu lalu. - AFP

LIVERPOOL – Tonggak pertahanan Liverpool, Andy Robertson mengingatkan rakan sepasukan agar meningkatkan prestasi atau berisiko tersingkir daripada pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Liverpool yang berkelebihan satu gol hasil kemenangan 1-0 minggu lalu, kini bersiap sedia menghadapi aksi timbal balik pusingan 16 menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Anfield awal pagi esok.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Arne Slot itu berisiko tersingkir jika mengulangi prestasi aksi pertama minggu lalu memandangkan PSG dilihat benar-benar terluka dan mahu menebus kekecewaan tersebut.

“Ini akan menjadi satu perlawanan  sukar menentang pasukan yang terbukti begitu hebat, dominan dan boleh dikatakan terbaik kami pernah bertemu sepanjang musim ini

“Kami ada kelebihan satu gol dan bermain di tempat sendiri, kami harus memanfaatkannya supaya dapat bermain lebih bagus daripada aksi sebelum ini.

“Kami tidak boleh hanya bergantung kepada Alisson (penjaga gol Liverpool), sebaliknya kami perlu berikan yang lebih bagus jika mahu mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sehubungan itu, Robertson menuntut para pemain agar mengekalkan prestasi semasa 45 minit terakhir menentang Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lalu.

Liverpool yang ketinggalan 0-1 di babak pertama, bangkit di separuh masa kefua dengan meledak tiga gol hasil satu jaringan Darwin Nunez dan dua daripada Mohamed Salah untuk merakam kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI