fbpx

Sharif Shai Sharif Mondoi Ketua Polis Daerah Rompin baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ZAMRI (kiri) menyerahkan tugas kepada Sharif Shai (kanan) sambil disaksikan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman di Rompin.

ROMPIN – Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Rompin yang baharu berkuatkuasa semalam.

Sharif Shai yang telah 24 tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisi perjawatan Ketua Polis Daerah Rompin yang dinaiktaraf bermula tahun ini.

Majlis serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber dan Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi disaksikan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Othman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali.

Sharif Shai berkata, beliau berharap dapat memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan polis dan menunaikan segala amanah serta tanggungjawab yang diberi.

Katanya, beliau akan berusaha membawa Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin ke tahap yang terbaik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam memastikan ketenteraman dan keamanan seluruh daerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI