fbpx

Sehari dapat lebih RM30, imbas kod QR penderma media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara money packet yang dikongsikan pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Trend mengimbas kod QR atau (money packet) bagi menerima sumbangan kewangan semakin mendapat perhatian di media sosial, dengan beberapa individu mendakwa memperoleh lebih RM30 sehari hasil derma orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Fenomena ini berlaku apabila ramai penderma di media sosial memaparkan kod QR akaun e-dompet Touch n’ Go mereka dalam hantaran di platform seperti Facebook, TikTok, dan Instagram.

Semakan Kosmo! mendapati, dua waktu utama yang kebanyakan muncul kod QR tersebut adalah selepas solat subuh serta satu jam sebelum berbuka.

“Sehari lebih RM30 saya dapat. Ramai yang pemurah dekat media sosialnya ni. Ada juga setiap kali bila ada pengguna berkongsi rezeki dengan cara muat naik kod QR, tak sampai 30 saat dah ‘fully claimed’. Ini dinamakan duit raya sebelum raya,” kata Syafiq.

“Rezeki subuh, nampak ada seorang influencer (pempengaruh) ini share kod QR Touch n’ Go. Bila scan (imbas) dapat RM10. Terima kasih si penderma, moga murah rezeki,” kata Aiman.⁠ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI