fbpx

Perjuangan negara di All England bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menjadi wakil terakhir Malaysia pernah menjuarai All England sewaktu edisi 2021.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meletakkan kepercayaan tinggi skuad badminton negara mampu menamatkan kemarau kejuaraan di Kejohanan Badminton All England yang bermula hari ini di Utilita Arena, Birmingham.

Hannah percaya pengalaman pemain-pemain negara sama ada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun profesional, mampu mengatasi cabaran besar dalam kejohanan berstatus Super 1,000 itu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain negara. Kita ada barisan kejurulatihan baharu dan ramai pemain profesional yang akan ke sana untuk mewakili Malaysia.

“Saya yakin pemain memiliki kemahiran yang diperlukan, cuma ketenangan harus ada untuk mencapai kejayaan sewaktu mereka melangkah ke dalam gelanggang,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Stadium Pickleball KWC semalam.

Dalam kejohanan tersebut, Malaysia akan menurunkan dua wakil perseorangan lelaki iaitu pemain profesional, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao.

Tumpuan pastinya terarah acara beregu lelaki apabila enam pasangan negara bakal beraksi di kejohanan itu antaranya Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Yap Roy King dan Nur Mohd. Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Bagi beregu wanita, pasangan nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah juga bersedia untuk menggalas cabaran di pentas dunia.

Kategori beregu campuran menyaksikan lima pasangan negara turut beraksi antaranya Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Kali terakhir Malaysia menjuarai All England adalah menerusi Lee Zii Jia yang menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI