fbpx

Pensyarah UiTM maut nahas lori buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL yang ditunggang Hamdan (gambar kecil) bertembung dengan sebuah lori di Jalan Dato Mulia, Jasin, tengahari tadi.

JASIN – Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangnya dengan lori di Jalan Dato Mulia, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Hamdan Sulaiman, 34, dipercayai dalam perjalanan dari Bulatan Scientex Serkam menuju ke Bukit Kepok sebelum bertembung dengan lori yang dipercayai membuat pusingan U.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohd. Suhaimi Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di belakang tidak sempat membrek sebelum merempuh sisi kanan kenderaan berat itu.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Pemandu lori berusia 62 tahun mengadu sakit dada dan sedang menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI