fbpx

Penjara Kajang ‘diserbu’ pengunjung sebab Tun Laila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjara Wanita Kajang yang baru-baru ini tular setelah Tun Laila mempromosikannya.

PETALING JAYA – Penjara Kajang kini tular dengan produk-produk keluarannya gara-gara sebuah video dimuat naik oleh pempengaruh, Tun Laila yang mempromosikan produk-produk dihasilkan oleh penghuni penjara wanita tersebut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Zawanee Megat di aplikasi TikTok menyaksikan orang ramai sibuk keluar masuk melalui pintu utama penjara tersebut untuk mengunjungi Galeri Jualan Produk My Pride, tempat di mana produk-produk seperti kuih raya, baju batik, kuih sejuk beku dan sebagainya dijual.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur kerana mengikuti pempengaruh yang berkualiti dan bijak itu.

“Berbaloi Tun Laila datang walaupun tengok video dia macam tergesa-gesa tapi dia sudikan diri mengulas produk-produk penjara,” kata @Namny.

“Sebab itu kita kena mengikuti influencer yang bijak dan educated macam Tun Laila dan KA. Bijak mengawal keadaan, tak buat konten yang bukan-bukan,” @Fasha.

Penjara wanita berkenaan bukan hanya menawarkan produk-produk yang dibuat oleh penghuni yang tinggal di penjara tersebut, namun turut mengumpulkan produk yang dihasilkan oleh penghuni penjara lain seperti penjara Pengkalan Chepa, Taiping, Bentong dan banyak lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI