fbpx

Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah pendapatan Ahli Parlimen di negara ini mampu mencecah antara RM30,000 hingga RM40,000 sebulan seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, jumlah itu berikutan seorang Ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar Elaun Tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

“Mereka juga layak untuk menerima elaun serta tuntutan lain mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

“Antara elaun dan tuntutan tugas rasmi dalam negara yang boleh diperoleh termasuklah Elaun Hadir Persidangan sebanyak RM400 sehari selain Elaun mesyuarat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sebanyak RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Antara elaun lain termasuklah Elaun mesyuarat Ahli PAC RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang), Elaun mesyuarat RM300 sehari sekiranya hadir ke sesi taklimat rasmi dan elaun hidup harian RM100 sehari.

Elaun hidup harian dibayar mengikut kehadiran ke Dewan atau perjalanan melebihi 32 kilometer bagi tugas rasmi selain urusan Dewan).

Pejabat Perdana Menteri berkata, bagi elaun dan tuntutan tugas rasmi luar negara pula, Ahli Parlimen dibayar elaun makan berjumlah RM340 sehari.

“Elaun hidup harian pula sebanyak RM170 sehari selain tuntutan penginapan, pengangkutan serta kerugian pertukaran mata wang asing dan tips 25 peratus daripada elaun makan,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri menyinggung kenyataan sesetengah pihak terutamanya Ahli Parlimen sendiri yang mempertikaikan pendapatan mereka adalah sangat rendah sehingga terpaksa berhutang demi untuk menjalani kehidupan seharian.

“Perdana Menteri juga menasihatkan setiap Ahli Parlimen untuk bijak mengurus soal kewangan selain sentiasa memikir dan mengutamakan rakyat yang menerima pendapatan jauh lebih rendah daripada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI