fbpx

Neelofa baca al-Quran empat jam sehari sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa mendedahkan dia menghabiskan masa selama empat jam sehari membaca al-Quran pada bulan Ramadan.

PETALING JAYA – Memanfaatkan bulan mulia sepenuhnya, usahawan dan pengacara, Neelofa mendedahkan rutin hariannya sepanjang Ramadan yang dipenuhi dengan ibadah serta aktiviti keluarga.

Ujar Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, harinya bermula seawal 4.30 pagi dengan ibadah sebelum bersahur secara sederhana bersama suami, Haris Ismail.

“Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500ml. Saya makan madu juga.

“Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok.

Selain tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu turut mengkhususkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran.

“Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap.

“Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zuhur, saya baca lagi,” jelasnya.

Menjelang petang, bekas pengacara MeleTOP itu akan ke dapur menyediakan juadah berbuka.

“Buat air jus, goreng karipap, potong bahan masakan. Tapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama hantar makanan hari-hari.

“Bilal pun akan suruh saya membaca al-Quran, jadi saya selang-selikan aktiviti dengan anak-anak,” ujarnya.

Perkongsian itu menerima reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan disiplin Neelofa dalam mengisi bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI