fbpx

MRR2, Jalan TAR antara laluan ditutup esok sempena perarakan Masi Magam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perayaan tahunan Masi Magam 2025 yang akan berlangsung esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, perarakan itu dijadualkan bermula pada 5 petang dan akan berlangsung sehingga selesai.

Menurutnya, dua kereta pedati akan bertolak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, menuju ke Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee.

“Laluan yang akan digunakan bagi perarakan itu bermula dari Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves ke Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Sri Batu Caves, Jalan 46/10, Jalan Sentul Pasar, Jalan Sentul, Jalan Tanah Lapang, Jalan Enam, Jalan Sentul.

“Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Sultan, Jalan Tun H.S. Lee dan tamat di Kuil Sri Maha Mariamman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat akan dilakukan oleh bagi memastikan kelancaran perjalanan perarakan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI