fbpx

Mayat lelaki dijumpai terapung di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dipercayai lemas empat ke lima hari sebelum ditemukan. -Foto oleh PDRM

HULU SELANGOR – Mayat seorang lelaki dijumpai terapung di lombong belakang Klinik Kesihatan Serendah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima makluman itu daripada orang awam kira-kira pukul 9 pagi.

“Identiti, umur dan bangsa mangsa masih belum dikenal pasti.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di permukaan air dan hanya memakai seluar dalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran atau tanda-tanda pergelutan pada tubuh mangsa.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai lemas sekitar empat hingga lima hari sebelum ditemui.

“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” ujarnya.

Jelasnya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-60811222 / 013-2908206 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI