fbpx

Lelaki baring, menangis tengah jalan kerana putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu berbaring sambil menangis di tengah jalan selepas putus cinta. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian ramai kerana meniarap sambil menangis di tengah jalan raya selepas putus cinta dengan teman wanitanya, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Kejadian berlaku di Blitar, wilayah Jawa Timur. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo memaparkan lelaki itu berbaring di atas jalan sebelum dipujuk oleh warga setempat. 

Dia menangis teresak-esak sehingga jalan tersebut menjadi basah. 

Perbuatan itu menyebabkan pengguna jalan raya terganggu dan terpaksa memandu kenderaan mereka di laluan bertentangan. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Cinta itu tidak selama-lamanya indah. Seeloknya pergi kerja, cari duit banyak,” kata seorang netizen. 

“Yang putus cinta seorang sahaja, yang terjejas semua pengguna jalan raya,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI