fbpx

Keputusan muat naik kandungan sumbang ditangguhkan Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Empat keputusan melibatkan tindakan memuat naik kandungan sumbang melibatkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan ditangguhkan pada Jumaat ini.

Keputusan tersebut diputuskan Mahkamah Sesyen Sepang hari ini di mana ia sebelum ini jadualkan diketahui hari ini sebelum ditangguhkan pada 14 Mac.

Sementara itu, Aliff Syukri ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya melahirkan rasa sedih dan terkilan apabila kes itu ditangguhkan.

“Sedih jugalah. Sepatutnya saya dapat jawapan hari ini setelah lebih dua tahun menunggu bersama peguam saya. Malangnya ada pertukaran tarikh.

“Saya akan ikut apa diarahkan pihak berkuasa. Saya beri kerjasama dan buat mana yang terbaik. Kalau menang, alhamdulillah. Kalau kalah, saya tetap redha,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin berkata, sebelum ini mahkamah menetapkan keputusan itu diketahui hari ini.

“Bagaimanapun, kami difahamkan perkara itu dijadualkan semula pada Jumaat ini yang mana tarikh berkenaan telah dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan,” katanya.

Sebelum ini, Aliff Syukri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu @aliffsyukriterlajaklaris.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muzik video lagu raya berdurasi 5 minit 23 saat itu memaparkan aksi keterlaluan beberapa orang penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan perayaan Aidilfitri dan mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI