fbpx

‘Kami ada peguam dan kami akan lawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurha'afza Salwa Hazizan, 41, melihat anak-anaknya menyiram kubur Alang di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat, di sini, awal pagi tadi. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Keluarga mangsa ketiga nahas dirempuh kereta Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, Khamis lalu bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu bertanggungjawab terhadap nahas tersebut.

Ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, Nurhaメafza Salwa Hazizan, 41, berkata, tindakan itu diambil memandangkan anaknya sudah terkorban dalam nahas tersebut, sementara dua lagi rakan anaknya meninggal dunia di hari kejadian.

“Kita akan ambil tindakanナ ya lah sekarang Alang (arwah Aisar) pun dah meninggal, lepas tu kawan dia meninggal dua orang, kita akan fight (lawan), memang dah ada peguam yang tawarkan khidmat secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat, di sini, awal pagi tadi.

Mencerita mengenai keadaan anaknya yang kritikal sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.23 malam, dia menyatakan sudah pun reda sejak melawat anaknya itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaメafar (HTJ) di sini, pagi kelmarin.

“Otak anak memang dah mati, penafasan hanya dibantu oleh sokongan mesin. Sejak dari pagi semalam (kelmarin), pergi hospital ziarah, saya dah bersedia. Selepas itu, saya berbincang dengan anak-anak yang lain kita kena reda.

“Malah, semasa malam tadi (kelmarin), jantung (kadar bacaan) Alang drop sampai 38. Saya panggil anak, bacakan surah Yassin. Kita tak nak seksa dia lagi, saya maafkan Alang, saya halalkan susu yang saya bagikan pada dia.

“Saya ampunkan dosa dia, saya reda,” katanya yang mempunyai 10 anak iaitu empat lelaki dan enam perempuan berusia tujuh bulan hingga 22 tahun.

Menurutnya lagi, apa yang membuatnya lebih reda ialah melihat keadaan muka anaknya selepas disahkan meninggal dunia.

“Muka Alang tenang, bersih walau ada calar. Setengah orang kalau meninggal muka jadi lain tapi Alang macam tidur sahaja. Bila saya tengok dia, saya cakap dalam hati alang tengah tidur ni,” katanya.

Dalam pada itu, abang Aisar, Mohammad Aiman Abdullah, 20, berkata, adiknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum terbabit nahas, namun dia tertanya-tanya mengapa adiknya itu tidak teruja berbincang mengenai tema baju raya.

“Biasanya Alang memang akan teruja, dia suka sedondon tapi kali ini dia katakan tak perlu beli baju rayanya sebab dia tak nak raya nak duduk rumah sahaja tidur,” katanya.

Terdahulu, jenazah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Ahmad itu dikebumikan pada pukul 12.40 tengah malam dan dihadiri hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan arwah.

Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad mewakili Menteri Besar membaca talkin di pusara anak ketiga dari 10 beradik itu di di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat.

Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia pukul 7.23 malam semalam ketika sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati dua remaja maut dipercayai dirempuh kereta Honda Jazz yang gagal berhenti di lampu isyarat merah dan melanggar Dua buah motosikal yang datang dari arah kiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang menaiki motosikal Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, seorang lagi mangsa berusia 13 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka dan dada serta kini dirawat di HTJ.

Dua lagi remaja iaitu, pemandu kereta Honda Jazz berusia 18 tahun serta penumpang kenderaan tersebut, berusia 17 tahun yang mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital yang sama.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI