TAPAH – Kajian lapangan secara agresif masih dilakukan bagi mengenai pasti seorang daripada enam calon tempatan yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April nanti.
Pengerusi UMNO dan BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kajian itu bersifat kritikal bagi memilih calon boleh menang pada PRK tersebut.
“Calon kita (itu) yang dikenali, boleh diterima pengundi, ada kredibiliti. Aspek akademik, pengalaman itu semua diambil kira. Pengundi muda 46 peratus (pada PRK itu). Selera orang muda tidak sama selera orang lama.
“Kita masih buat kajian lagi, ada enam calon dan insya-Allah kita akan dapat terbaik yang diantara baik-baik selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menteri Besar Perak itu berkata sedemikian pada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar Perak Darul.Ridzuan Dan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Penjara Tapah, Tapah Road di sini.- KOSMO! ONLINE