fbpx

Kae Asakura berniqab, teruja solat di Masjid Sri Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dikongsikan Asakura di Instagramnya.

PETALING JAYA – Selepas tular berita sudah memeluk agama Islam, Kae Asakura berkongsi ketenangan serta pengalamannya mengimarahkan beberapa masjid terkemuka di Malaysia.

Melalui perkongsian terbarunya di Instagram, Asakura yang lebih dikenali sebagai ‘Rae Lil Black’ berkongsi pengalamannya melawat dan menunaikan solat di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan semalam.

Askura yang mengenakan imej berniqab memberitahu, dia berpeluang menunaikan solat asar, maghrib, isyak serta mengikuti jemaah mendirikan solat sunat tarawih serta witir selain sempat memuji keindahan masjid tersebut.

“Day two in Malaysia (hari kedua di Malaysia). Masjid Sri Sendayan. Done at this beautiful masjid (selesai di masjid yang cantik ini),” katanya.

Sebelum ini, melalui perkongsian di Instagramnya juga, Kae Asakura turut berkongsi pengalamannya mengimarahkan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Asakura melahirkan keterujaannya menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai saudara Islam baharu.

Dia dilihat turut memadamkan status terdahulunya di media sosial dan tampil memuat naik hantaran baharu memaparkan dirinya bertudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI