fbpx

Ini ‘perangkap’ cara peniaga air balang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Taktik sesetengah peniaga air balang yang dikatakan ‘memerangkap’ pelanggan dengan memaparkan pilihan cawan kecil tetapi mendakwa ia kehabisan stok telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Menurut aduan yang tular, pelanggan mendakwa sesetengah peniaga menyediakan paparan harga dengan pilihan cawan kecil bagi menarik minat pembeli.

Namun, apabila pelanggan ingin membeli saiz tersebut, mereka diberitahu bahawa cawan kecil telah habis, lalu disarankan membeli saiz lebih besar dengan harga yang lebih mahal.

“Dekat bazar kawasan rumah aku. Tahun lepas, peniaga air balang tukis dekat depan ada (cawan) saiz kecil dan besar. Bila nak beli yang kecil dia cakap cawan kecil tak ada, cawan besar je ada.

“Mula okey lagi ingatkan memang cawan habis. Tahun ni, satu Ramadan aku pergi kedai sama nak beli yang (cawan) kecil. Skrip sama cakap kawan kecil tak ada, habis. Nak cepat habis jual, buat cara ‘perangkap’ pelanggan macam itu,” kata seorang pengadu.

Seorang lagi pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman sama menerusi catatan di Facebooknya semalam.

“Saya nampak menu ada cawan kecil dengan harga RM5, jadi saya pilih yang itu. Tapi bila nak bayar, peniaga kata cawan kecil dah habis, yang ada hanya saiz sederhana berharga RM8. Rasa tertipu,” luahnya.

Sementara itu, beberapa pengguna lain menggesa pihak berkuasa untuk sentiasa memantau peniaga air balang terutama di bazar Ramadan dan mengambil tindakan sekiranya wujud unsur eksploitasi demi melindungi hak pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI