PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda 12 negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh kawasan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.
“Di Kedah kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Sik dan Baling, manakala negeri Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
“Di Kelantan pula, melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.
Ujarnya, ribut petir turut melanda Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol).
Sementara itu, MetMalaysia berkata hujan lebat melanda negeri Johor melibatkan kawasan Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian).
“Di Sarawak, antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk pula adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Belaga) dan Bintulu (Sebauh).
“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan daerah Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE