fbpx

‘Dah cakap jangan jual, kan dah kena angkut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa MPPn melakukan rampasan ke atas premis yang menjual mercun dan bunga api yang telah melanggar syarat-syarat perlesenan di bazar Ramadan sekitar Pontian, semalam.

PONTIAN – Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengambil pendekatan tegas apabila merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dijual di bazar Ramadan sekitar daerah ini, petang semalam.

Jabatan Pelesenan Penguatkuasaan MPPn dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu lakukan di tiga lokasi iaitu Bazar Ramadan Ayer Baloi, Bazar Ramadan Benut dan Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian di sini.

Ujar kenyataan itu, tiga penjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan terbabit dikenakan tindakan selepas didapati melanggar syarat-syarat perlesenan yang telah dikeluarkan.

“Hasil pemeriksaan di Bazar Ramadan Ayer Baloi mendapati semua peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Namun, di Bazar Ramadan Benut, seorang peniaga dikesan menjual mercun dan bunga api, manakala dua lagi peniaga di Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian turut melakukan kesalahan sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan MPPn akan merampas barangan peniaga bunga api sekiranya mereka menjalankan perniagaan di sembilan kawasan Bazar Ramadan di daerah ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI