BANGKOK – Seorang lelaki berusia 47 tahun di Thailand berdepan ‘mimpi ngeri’ selepas alat sulitnya tersangkut pada cincin keluli tahan karat selama dua hari, lapor portal berita Must Share News semalam.
Kejadian berlaku di bandar Pattaya, wilayah Chonburi pada 5 Mac lalu.
Situasi itu terbongkar apabila mangsa tidak mampu mengeluarkan cincin dan menahan sakit sehingga terpaksa menghubungi pasukan bomba.
Mereka cuba menanggalkan cincin berdiameter 3 sentimeter itu selama lebih 45 minit menggunakan alat pemotong khas.
“Kami dan pasukan perubatan terpaksa memegang mangsa agar prosedur dapat diselesaikan dengan selamat.
“Ketika disoal siasat, mangsa mengaku bertindak sedemikian untuk meningkatkan saiz kemaluannya,” tambahnya. – AGENSI