JAKARTA – Tindakan seorang lelaki yang cuba mencuri tabung sumbangan wang di sebuah surau di Malang, wilayah Jawa Timur digagalkan orang ramai yang menyedari tindakannya, lapor laman berita Malang Times.
Kejadian berlaku pada 6 Mac lalu pada waktu tengah hari.
Ketua Polis Wagir, Asisten Komisioner Sutadi berkata, pelaku diserahkan kepada pihak berkuasa selepas ditangkap oleh jemaah surau.
“Jemaah yang mahu masuk ke surau melihat pelaku sedang cuba melarikan kotak sumbangan. Ia berlaku pada pukul 1.45 tengah hari (waktu tempatan),” katanya.
Lelaki tersebut kemudian dibawa ke balai polis setempat dan ditahan untuk tindakan lanjut. – AGENSI