fbpx

Budak jadikan ular sawa tali ‘skipping’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menggunakan ular sawa sebagai tali lompat. - X

CANBERRA – Satu klip video tular memaparkan sekumpulan kanak-kanak di Australia menggunakan seekor ular sawa sebagai tali lompat (skipping), lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian dirakam di bandar Woorabinda, Queensland. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @clowndownunder memaparkan dua kanak-kanak lelaki memegang sambil memusingkan ular tersebut secara berulang kaki. 

Salah seorang rakannya pula melompat setiap kali ‘tali’ itu dipusingkan. 

Namun, masih belum jelas sama ada reptilia itu hidup atau mati. 

Rakaman itu menjadi tular sehingga dilihat oleh Jabatan Alam Sekitar Pelancongan, Sains dan Inovasi. 

“Kami mengecam perbuatan tidak wajar ini dan akan menjalankan siasatan,” kata jabatan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI