fbpx

Berjuta-juta udang naik ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan udang kecil naik ke darat di Gorontalo, wilayah Sulawesi. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan berjuta-juta udang kecil naik ke darat dan berkumpul di muara sungai di Gorontalo, wilayah Sulawesi, lapor portal berita Detik News semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jefira3 memaparkan penduduk tempatan cuba menangkap udang-udang tersebut. 

Bahkan, ada antara mereka yang meletakkan udang itu di dalam plastik, botol serta baldi yang dibawa dari rumah. 

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Aripin berkata, dia dan kakaknya bergegas ke sungai berkenaan selepas menerima maklumat daripada warga setempat. 

“Saya terkejut kerana bilangan udang naik ke darat terlalu banyak.  

“Saya bersama kakak segera menangkapnya dengan tangan. Udang yang ditangkap ini saya letak di dalam plastik,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI