fbpx

Beli nasi, dapat ‘lauk’ lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai anak lipas yang ditemukan di dalam nasi berlauk. - Stomp

SINGAPURA – Seorang lelaki terkejut menemui seekor anak lipas di dalam nasi campur yang dibeli di sebuah gerai di Singapura, lapor portal berita Stomp semalam. 

Lelaki tidak didedahkan namanya itu membeli makanan tersebut sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) di Blok 56 New Upper Changi Road.

“Semasa sedang makan, saya menemui bangkai anak lipas dalam nasi. Ia mungkin datang dari kuah yang saya tuang. 

“Saya kemudian menelefon dan meminta pekerja gerai berkenaan untuk melihat gambar yang dihantar. 

“Dia boleh bertanya kepada saya  sama ada ini serangga,” katanya. 

Pelanggan itu segera melaporkan kejadian kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI