fbpx

Arsenal belum mahu menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL bernasib baik membawa pulang satu mata selepas penjaga golnya, David Raya menafikan percubaan lewat permainan daripada United. - ARSENAL FC

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih enggan mengibarkan bendera putih dalam usaha menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan sekali lagi kecewa apabila seri 1-1 menentang Manchester United awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, United berjaya meraih gol menerusi sepakan percuma Bruno Fernandes di penghujung babak pertama sebelum Declan Rice menyamakan kedudukan 15 minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

Bagaimanapun, Arteta mengakui peluang untuk anak-anak buahnya memintas kedudukan pendahulu liga, Liverpool semakin tertutup rapat selepas dibezakan dengan 15 mata ketika saingan berbaki 10 perlawanan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai peluang untuk bergelar juara liga sekarang kerana pasukan sangat kecewa apabila tercicir mata pada aksi kali ini.

“Kami tidak boleh kibarkan bendera putih meskipun situasi semakin sukar kerana kami perlu menang semua baki perlawanan untuk mencerahkan peluang (bergelar juara EPL) musim ini,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan oleh Rice yang mahu rakan sepasukan memberi sepenuh tenaga pada baki semua perlawanan nanti walaupun sedar Liverpool semakin hampir untuk menamatkan penantian lima tahun bergelar juara EPL.

“Saya harap semua pemain terus berjuang kerana peluang masih belum tertutup sepenuhnya.

“Harus diakui Liverpool cukup konsisten musim ini tetapi kami adalah Arsenal. Kami perlu ada mentaliti tidak menyerah walaupun pasukan kehilangan beberapa tonggak utama ekoran kecederaan,” katanya.

Kem Arsenal turut kecewa dengan dua keputusan daripada Anthony Taylor yang mengarahkan para pemain pasukan itu membuat benteng terlalu jauh daripada jarak asal selain tindakan pengadil itu tidak memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Ayden Heaven. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI