PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.
Antara daerah Selangor yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda di negeri Kedah membabitkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.
“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Pulau Pinang dan Terengganu.
“Di Perak pula, ia berisiko melanda kawasan Hulu Perak dan Batang Padang,” menurut kenyataan MetMalaysia.
Katanya, cuaca buruk itu dijangka turut berlaku di negeri Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala di negeri Pahang melibatkan kawasan Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Johor pula, ia melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru manakala, di Sabah melibatkan daerah Kudat (Pitas dan Kudat).
“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 2 petang nanti,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE