PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda enam negeri iaitu Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Antara daerah Selangor yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
“Di negeri Perak, ia berisiko melanda kawasan Kerian, Larut, Matang dan Salama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Selain itu, di Kelantan pula, melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang,” kata MetMalaysia.
Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka turut berlaku di negeri Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) manakala di negeri Pahang melibatkan kawasan Rompin.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Johor membabitkan kawasan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE