fbpx

5.1 juta ‘beli dulu, bayar kemudian’, hutang naik sehingga RM2.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan mendedahkan kadar hutang isi rumah menerusi kaedah pembelian ‘beli dulu, bayar kemudian’ (BNPL) meningkat sehingga RM2.8 bilion setakat Disember lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, jumlah itu bagaimanapun hanya merangkumi 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini.

“Kadar jumlah BNPL yang tertunggak (overdue) juga terkawal iaitu RM82.6 juta atau 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL.

“Pada masa ini, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran rakyat khususnya golongan muda akan kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelak daripada perangkap hutang,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Musoddak Ahmad mengenai langkah untuk menangani masalah hutang dan membeli secara kredit melalui skim BNPL.

Terdahulu, Amir berkata, setakat Disember 2024, terdapat seramai 5.1 juta pengguna BNPL yang berusia 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan.

“Pada masa ini, terdapat 12 syarikat yang menawarkan skim BNPL di Malaysia.

“Bagi separuh tahun kedua 2024, transaksi BNPL berjumlah RM7.1 bilion meningkat dengan ketara berbanding RM4.9 bilion bagi separuh tahun pertama 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI