fbpx

3 maut, dua parah Alza bertembung lori 3 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam Perodua Alza selepas bertembung dengan lori 3 tan di Jalan Persisir Pantai Bintulu - Samalaju, pagi tadi.

BINTULU – Tiga maut dan dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dengan lori 3 tan di Jalan Persisir Pantai Bintulu – Samalaju di sini pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, tiga mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita berusia 44 dan 22 tahun dan lelaki berusia 39 tahun, manakala mangsa yang cedera parah ialah lelaki berusia 52 dan 50 tahun.

Katanya, kesemua mangsa merupakan penumpang Perodua Alza.

Sementara itu, katanya pemandu lori terbabit yang berusia 41 tahun patah kaki dan dua kelindannya cedera ringan.

Menurutnya, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.51 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Samalaju segera dikerahkan ke lokasi.

“Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori berjaya keluar sendiri, namun mengalami patah kaki, manakala tiga orang mangsa di dalam Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian serta dua orang yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI